Apa itu kelemumur?
Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari
Dalam keadaan kelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari
Pertumbuhan kulat seperti yis yang berlebihan di atas kulit kepala, boleh menyebabkan bertambahnya pembentukan kelemumur.


Apakah tanda-tanda kelemumur?
Kulit kepala gatal dan menggelupas,terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada rambut, bahu . Terdapat kelupasan kulit kepala (kelemumur) berwarna putih dan berminyak pada pakaian.


Faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pembentukan kelemumur ialah:
  1. Jarang bersyampu atau tidak membilas rambut dengan sempurna.
  2. Penggunaan penyembur rambut atau gel yang terlalu kerap.
  3. Penggunaan pewarna rambut yang tidak betul.
  4. Pengeluaran minyak yang berlebihan.
  5. Perubahan hormon.
  6. Tekanan perasaan.
  7. Daya imuniti yang rendah.

Switch To Desktop Version